Thursday, April 28, 2011

Selamat datang ke laman blog saya

Bermulanya episod masak memasak ni bila saya mengikut suami berhijrah ke Saudi 10 tahun yg lalu. Tinggal di negara org menyebabkan kita terasa sangat rindu dgn segala macam masakan lebih2 lagi masakan melayu yg memang sukar didapati sini kecuali jika ada majlis yg diundang oleh teman2.

Bermula dgn cuba mencuba lama kelamaan menjadi minat saya utk mencuba resepi-resepi masakan dari pelbagai sumber. Sumber utama saya adalah dari MyResipi. Biasanya saya akan pilih resepi yang menjadi pilihan ramai. Juga saya suka bertukar-tukar resepi dengan kawan-kawan dan keluarga. Boleh dikatakan ramai diantara kawan2 dan keluarga saya memang suka masak memasak. Selalunya saya akan berpuas hati dgn apa yg telah dicuba. InsyaAllah saya akan berkongsi resepi dgn kawan2 semua.