Sunday, May 1, 2011

Bahulu Kemboja

Bila tengok bahulu kemboja ni ingat zaman kanak2 mak selalu buat kuih ni sebab kuih ni adalah kuih kegemaran kami sekeluarga...dulu2 nak buat kuih ni memanglah susah semuanye kena pukul dgn tangan tapi sekarang ni senang aje masukkan semua bahan dlm blender pastu blend je...biasanye bila terputus idea nak buat kuih utk minum petang atau bawa ke rumah teman2 ni lah kuih yg paling mudah utk saya buat...yg penting senang dan rasanye memang sedap...tapi kuih ni memang tak boleh makan banyak sebab manis dan lemak pendek kata cukuplah semuanya...

Kat bawah ni saya letakkan resepi utk dicuba..



Bahan2 (utk 4 keping kuih)

3 cawan santan 
2 cawan gula
4 biji telur
8 sudu besar tpg gandum
2 sudu besar tpg ubi
2 sudu besar tpg beras
sedikit garam
1 sudu besar air pandan (4 helai daun pandan diblend) biasanye saya guna perisa pandan Nona je
sedikit pewarna hijau

Cara2

Masukkan gula, telur dan santan ke dlm blender dan blend seketika...kemudian masukkan semua tepung, garam, air pandan dan pewarna blend lagi sehingga semuanye sebati..tuang ke dlm mangkuk dan kacau rata...panaskan acuan yg telah dilengserkan dgn sedikit minyak selama 5 minit...masukkan adunan ke dlm acuan bahulu jgn sampai penuh lebih kurang 3/4 acuan...bakar dgn suhu 350 darjah F selama 30 - 45 minit atau sehingga masak...

Agar-Agar pelangi

Saya ni memanglah peminat agar2 lebih2 lagi yg cantik dan menarik camni...bila saya search satu hari tu saya terjumpa resepi bro razzan yg sangat menarik..apalagi saya pun mencuba dan cukup puas hati selain cantik rasanye pun sangatlah sedap dan sesuai untuk dibawa ke majlis2 yg selalu diadakan di rumah kawan2 kat sini...

Kalau nak mencuba silalah klik http://rozzan.blogspot.com/2007/12/agar-agar-pelangi-indah.html

Kek Pelangi Puding Karamel

Saya telah cuba buat kek ni masa turn suami saya kena bawa breakfast utk departmentnya...selain dari makanan arab kek ni kira dessert lah utk mereka..setiap hari rabu diorang ni kena bergilir2 bawa breakfast kat office sebab rabu kat saudi ni kira hujung minggulah macam hari jumaat kat m'sia..

Resepi asal kek ni saya ambil dari Myresipi oleh yani tapi saya tukar kek tu menjadi kek pelangi.. kek ni rasanye memang sedap lebih2 lagi setelah disimpan di dlm peti sejuk..kepada yg ingin mencuba saya letak resepi kat bawah ni...



Bahan-bahan
• Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air

• Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanilla

• Kek span
• 140g tepung gandum
• 120g gula halus
• 4 biji telur
• 40g mentega- dicairkan
• pewarna (kalau nak buat kek pelangi)

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Cairkan mentega dan ketepikan.

Sediakan karamel
2. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span.
6. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, warnakan setiap satu mengikut kehendak masing2. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang puding tadi sehingga habis.Panaskan oven ke 170 degree. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (waterbath). Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.