Sunday, May 1, 2011

Kek Pelangi Puding Karamel

Saya telah cuba buat kek ni masa turn suami saya kena bawa breakfast utk departmentnya...selain dari makanan arab kek ni kira dessert lah utk mereka..setiap hari rabu diorang ni kena bergilir2 bawa breakfast kat office sebab rabu kat saudi ni kira hujung minggulah macam hari jumaat kat m'sia..

Resepi asal kek ni saya ambil dari Myresipi oleh yani tapi saya tukar kek tu menjadi kek pelangi.. kek ni rasanye memang sedap lebih2 lagi setelah disimpan di dlm peti sejuk..kepada yg ingin mencuba saya letak resepi kat bawah ni...



Bahan-bahan
• Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air

• Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanilla

• Kek span
• 140g tepung gandum
• 120g gula halus
• 4 biji telur
• 40g mentega- dicairkan
• pewarna (kalau nak buat kek pelangi)

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Cairkan mentega dan ketepikan.

Sediakan karamel
2. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span.
6. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, warnakan setiap satu mengikut kehendak masing2. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang puding tadi sehingga habis.Panaskan oven ke 170 degree. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (waterbath). Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

No comments:

Post a Comment